Laman Utama arrow Pengenalan
Menu Utama
Laman Utama
Pengenalan
Berita FSJaya
Pemimpin
Logo & Motto
Pautan Web
Galeri Gambar
Hubungi Kami
Webmail FSJaya
Carian
Foto Rawak
img_0159.jpg
Pengenalan PDF Cetak E-mel
User Rating: / 5
BurukBagus 
Ditulis oleh Admin FSJaya   
Friday, 04 January 2008

Kampung Felda Sri Jaya asalnya merupakan sebuah Tanah Rancangan Felda dan mula diiktiraf sebagai kampung pada tahun 2000.

Kampung Felda Sri Jaya, Bukit Serampang asalnya merupakan Tanah Rancangan Felda dengan nama Felda Bukit Serampang. Peringkat Pertama yang awalnya dibuka ialah pada 20 Januari 1960 dengan seramai 119 orang peneroka. Peringkat Kedua dibuka pada 12 April 1963 dengan seramai 115 orang peneroka. Pada 3 Ogos 1964 Peringkat Ketiga pula dibuka dengan kehadiran seramai 137 orang peneroka dan akhirnya pada 19 Februari 1972 Peringkat Keempat dibuka dengan seramai 37 orang peneroka yang datang. Sehingga kini seramai 408 buah rumah peneroka terdapat di kampung ini.

Mulai tahun 2000, satu lipatan sejarah baru dicipta apabila Felda Bukit Serampang  telah diiktiraf menjadi sebuah perkampungan oleh Kerajaan Johor dengan namanya Kg. Felda Sri Jaya dengan Allahyarham Tuan Haji Bakri Mohamad dilantik sebagai Ketua Kampung yang pertama.

Kenapa Dinamakan Felda Bukit Serampang?

Nama asal Kg. Felda Sri Jaya ialah Felda Bukit Serampang. Menurut cerita orang dahulu, nama ini diambil sempena keadaan alam semulajadi kawasan sekitar. Di kawasan ini terdapat sebuah bukit yang di atasnya terdapat sebilah serampang. Seterusnya mereka menjumpai tiga bukit lagi yang menunjukkan seolah-olah seperti mata serampang. Maka mereka telah sepakat menamakan kawasan ini Felda Bukit Serampang.

Namun begitu sekitar tahun 70-an dengan perbincangan beberapa orang peneroka asal Felda ini dengan Pengurus Rancangan pada masa itu iaitu Allahyarham En Musa, maka nama Felda ini ditukar menjadi Felda Sri Jaya.

 


 

 
Waktu Sekarang
Takwim Hijrah
Pengguna Online
Ada 7 pelawat online
Hak CIpta Terpelihara © 2008FSJaya.com